BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... hari ni sara na cerite about aurat..meh~mweh..hehe.. Jangan pernah
bilang "tunggu sekejap" untuk menutup auratmu dengan memberikan alasan-alasan popular sebegini. Malaikat maut
tidak akan menerima "tunggu sekejap" mu itu biarpun sedetik sekiranya
sudah tiba saat mencabut nyawamu. Berikut merupakan 8 sebab utama mengapa
wanita yang bertudung itu lebih baik...
1. Tuntutan Agama
Putri Rasulullah menanyakan apa yang
dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya
mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya." Fatimah Az-Zahra kemudia
menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? "Wahai putriku, adapun
mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang
tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan
muhrimnya."
2. Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihatkan
kepada lelaki yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut
SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat.
Tahukah berapa ribu helai rambut anda?! Dan tahukah berapa ribu lelaki yang
anda hadapi setiap hari?!
3. Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan
lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang
sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan
otak dapat berfikir dengan cepat dan baik.
4. Tidak membazir
Tidak perlu pening kepala
membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan
untuk menjadikan rambut kelihatan cantik.
5. Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita
bertudung nampak lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai 'nilai tambahan' di
situ.
6. Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada
sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu
pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.
7. Menjadikan diri anda 'mahal'
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa
wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar
dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.
8. Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati
ramai. Setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah
diri menjadikan anda begitu dikagumi.
Perlu diingatkan bahawa bertudung
mestilah berlandaskan tuntutan agama. Bertudung
bukanlah satu fesyen terkini, tetapi merupakan suruhan Allah kepada wanita
dalam menutup aurat.