♥ Hai Hello I am KIM JONGIN's wife ♥

Thursday 1 January 2015

Annyeong 2014 :') (Graduated Days)

Assalamualaikum wrt , readers yg hensem and cute macam sara sekalian , orite now sara nak start cerita pasal apa yg sara buat untuk tahun 2014 ni hehe *belum habis cerita haha , orite memalam gini ditemani nescafe yg hangat dan baunya terlalu mengasyikkan *elehh haha


so now bila tengok gambar yg kt atas tu haaaa, tu gambar GRADUASI BATCH 97 tau hehe tu semua classmate sara, 5 sains 4 , semuanya cukup 30 orang hehe , okay ghaisss this post sara nak jual pantun seloka sikit hehehe

Seloka 5 sains 4

Assalamualaikum pembuka seloka,
Untuk tatapan sampai ke tua,
Sains4 terkenal dgn kelas kejuruteraannya,
30 orang bila dicampur semua.

Haaa ini dia boss kami,
Muhammad Iqbal nama diberi,
Lawak di sampaikan dewasa tak terperi,
Sampai tiada yang mengerti.
(boss pakai baju sekolah kasi rasmi sikit)

Miss google gelaranya,
Zurul Hirdayani the attention seekers,
Penolong kelas menjadi jawatannya,
Haaa hati hati you will be her admirers.

Najwa ni ada abang kakak yang baik hati,
Bila meminta semua diberi,
Menjadi setiausaha kelas kami,
Tak bising bila disuruh hantar BKK berulang kali.

Bendahari kami aktif 3 bulan sekali,
Fakhira si gadis yang comel nak mati,
Bertemankan Arysha si kawan sejati,
Urusan peribadi bendahari ditulis dalam diari ceti.

Bising di pagi hari menyuruh bertugas,
Rafiuddin si ketua kebersihan kelas,
Habis semua classmate dikaunseling,
Bila dia tiada mood jangan berani paling.

Rakan sehidup semati dengan Rafi tadi,
Safiuddin lah nama diberi,
Pemalu sungguh dengan wanita,
Haaa kau bila dah rapat tu rapat gila.
(model wanita tak berbayar)

Fahim dan Hadzrin rakan seartis malaya,
Control macho ofcos hobi mereka,
Dikurnia elok paras dan rupa,
Haaa jangan usik, mereka sudah berpunya.

Muhaimin jejaka dari Penang Malaysia,
Suka tunjuk blur sepanjang masa,
Hafiz pula rajin belaka,
Mengalah semut yang rajin bekerja.

Pantang berpolitik gerenti dia bidas,
Sekali bersuara memang payah nak balas,
Faris juga si hot pengawas serangkai,
Kat luar , kat dalam lain betul perangai.

Markah Agama ranking pertama,
Muhammad Mahfod sebaik nama,
Rashidi pula kidal orangnya,
Acah sado kerja part time nya.

Anak terakhir dalam keluarga,
Husni ni manja juga orangnya,  
Perhati juga menari sebagai hobinya,
Entah aku agak agak sahaja.

Tegap dan tinggi fizikal dia ni,
Adli si kaca mata siapa lagi,
Habis 100 markah LK dibolotnya sekali,
Pelukis real anime sampai menjadi.
(hahaha gambar crop :P)

Seorang bersinnya unik sekali,
Seorang pengawas berlipat lengan sebagai identiti,
Kemana berdua tak pernah berenggang,
Aisyah dan fara suka jalan berlenggang lenggang.

Suara besar itu keistimewaannya,
Nama lelaki pun dia punya,
Shahrul Alia Shahira happy sentiasa,
Sembang kpop memang tiada siapa boleh jadi lawannya.

Orangnya manja Hanis namanya,
Nak kata tunggal pun bukan juga,
Pemegang rekod pertama orang yang terawal pulang,
Kelas tambahan bermacam alasan berulang.

Kecil molek semolek moleknya,
30 kilogram itulah beratnya,
Aizat Syazwani gerangan si dia,
Asyik bergaduh sahaja dengan rakan semeja.(dengan aku lah tu) 

Nur Shafiqah Shazwani nama di beri,
Otak genius dikurnia illahi,
Didalam kelas jarang bersuara,
Tetiba keluar result gempak gila.

Lemah lembut perwatakannya,
Norsyazwana anggun juga orangnya,
Teknik memegang pen mengikut caranya,
Tiada siapa yang boleh menirunya.

Duduk dimeja tengah belakang sekali,
Itulah Syafira nama diberi,
Cita-citanya besar tidak terperi,
Kalau merajuk comel sekali.

Kulit hitam manis itulah Afiqa, 
Datang sekolah berbaju biru sentiasa,
Pengawas juga jawatannya,
Nak kata garang tak la juga.

Tiba giliran pelajar india pula,
Rashika Nair menjadi buruan jejaka,
Dalam kelas diam sentiasa,
Bila study, Wow cool gila.

Previous
Ini pula lain ceritanya,
Shaza Liyana ramai betul kawannya ,
Suka gelabah tak tentu hala,
Tapi bila berlakon perghh tu ke dia?.


Nurin dan Dayah duduk bersama,
Seorang suara serak itu keistimewaannya,
Seorang lagi anggun jelita menawan hati jejaka,
Haaa elok la sekali duduk semeja.

Tibalah masa si tukang story,
Yang Maisarah nama di I/C,
3 hari 3 malam memikirkan seloka ini,
Harap tiada yang kecil hati.

Bye! Bye! Bye! kata mat saleh,
Wassalam kata orang islam,
Usik-usik takkan tak boleh,
Itu sudah lumrah alam.






Orite, im done create this seloka, semuanya ada , sorry yg takde gambar tu ye, bukan apaa , i cari u all tau tapi memang takde *nangis sapa suruh larii :"(((((  semua peribadi sara dah tulis hehe hope classmate semua suka ihiks, maaf kalau ada yg kurang*peduli apa aku suka hati aku lah, haha tulah spm tak amek sastera en, so bantai semua sinkope hiperbola lah , haha sayang jugak kan aku kat korang ken *eleh haha , theres many moment for this year yg kita tempuhi bersama-sama *cehh  , kita dapat guru kelas yg baik bijak lagi cantik hehe , kita belajar sesama, kita gi kelas tambahan sesama,kita ponteng sesama, kita nyanyi lagu birthday sesama :') , kita gaduh sesama, kita manja dgn guru sesama,kita lepak pusat sumber sesama,kita jawab exam sesama dalam dewan, kita tamatkan hari terakhir kita bersama sama, em *nangisss , lepas ni satu satu akan pergi dari hidup ini :') , wish korang GOOD LUCK !!! kat mana pun korang berada k, jangan lupa aku k*haha lupakan je pun tak pe huhu haha *dah dah lapa ayak mata tu haha bye 2014 !! annyeong 2014 !! , jaga diri korang k elok elok k , sbb ni mungkin last aku create our sc4 moment tau huhu. *flying hugss haha harap sampai lah hug aku tu